
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Bagi sesetengah rakyat Malaysia memiliki dokumen pengenalan diri bukan sesuatu yang membanggakan, namun bagi sebilangan lain ia merupakan satu anugerah yang tidak ternilai.
Ramai tidak menyedari dengan memperolehi dokumen pengenalan diri, sebenarnya mereka telah mempunyai akses kepada pelbagai faedah yang diberikan kerajaan antaranya kemudahan bantuan perubatan, pendidikan dan kebajikan.
Namun begitu, proses untuk mendapatkan dokumen pengenalan kadang kala agak sukar bagi sesetengah pihak disebabkan pelbagai faktor menyebabkan ada golongan yang tergelincir dari mendapatkan segala faedah yang ditawarkan kerajaan walaupun mereka telah berada di negara ini berpuluh tahun lamanya.
Pelbagai langkah telah diambil kerajaan bagi memudahkan permohonan dokumen pengenalan diri, ini termasuk program MyDaftar yang dilancarkan pada Feb tahun lepas oleh Kementerian Dalam Negeri, yang pada Selasa menyaksikan 100 pemohon dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akhirnya menerima dokumen pengenalan diri mereka buat kali pertama.
Lebih manis, apabila dokumen pengenalan diri mereka diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di sini.
Santhi Manokaran, 13, adalah antara penerima termuda dokumen pengenalan diri di bawah kempen itu dan menganggap dirinya bertuah terpilih daripada 6,527 pemohon yang direkodkan bagi permohonan dokumen pengenalan diri sejak ia dilancarkan.
“Dahulu saya selalu berasa cemburu dengan rakan-rakan kerana mereka memiliki kad pengenalan tetapi saya tidak. Kini kami serupa dan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya kepada Bernama.
Beliau dipelihara oleh ibu angkatnya di Klang setelah kematian ayah dan diabaikan oleh ibunya, warganegara Filipina sejak kecil.
Pelajar tingkatan satu, SMK Perempuan Raja Zarinah, Klang, itu berikrar untuk belajar bersungguh-sungguh agar segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan mampu dinikmatinya tanpa sebarang kesulitan kelak.
Sementara itu, Veluthettil Vijaya Kumari, 53, yang memegang status penduduk tetap berkata beliau mengalami kesukaran untuk memperolehi status kewarganegaraan, lebih perit setelah kematian suaminya yang merupakan rakyat Malaysia.
“MyDaftar memberi saya sinar baru kerana sekarang saya sudah memiliki kad pengenalan berwarna biru. Saya tidak akan mengalami masalah untuk mendapatkan bantuan perubatan malahan hasrat untuk membeli rumah juga bakal terlaksana,” kata beliau.
Dalam nada gembira, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang akhirnya merealisasikan impiannya.
Manakala, Sarayunnisa Arsad Ali, 75, berkata beliau telah berusaha semenjak beliau berusia 12 tahun lagi bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri, namun gagal.
“Ini merupakan pemohonan saya yang ketiga. Pemohonan kedua dilakukan pada 35 tahun yang lalu. Saya selalu menghantar surat untuk mendapatkan jawapan namun mereka sering memberi alasan tidak siap.
“Alhamdulillah, MyDaftar membantu saya memiliki kad pengenalan dan ini memudahkan saya untuk menunaikan umrah,” kata beliau.
Kawan saya yang bersekolah di Miri Sarawak, berusia 16 tahun belum mempunyai mykad. Masalahnya kedua ibubapa nya tidak mempunyai sijil lahir. Mereka berbangsa Murut (Sarawak ). Bagaimanakah caranya untuk memohon mydaftar di Sarawak ? Dia mengalami kesukaran dalam banyak urusan rasmi seperti perbankan, SPM, tiket penerbangan, pendaftaran2 dan sebagainya.
Saya mohon jasa baik pembaca yang dapat membantu memberi penerangan dan jalan bagaimana prosedur untuk mendapatkan mykad ini. Kawan saya mempunyai sijil lahir Malaysia.
Sye hazlini ali anuar.sye lahir di trganu,mak bpk sye org indon,tp smpai skrg sye hye pakai ic semtara..sye pelik kwn2 sye lh dpt ic merah.sdgkn trg2 diorg asl sna,sye hrp permohonan sye dtrime.